Wednesday, January 18, 2012

Apokalips 1

“Confirm! Bulan Disember tahun ni kiamat!” Belum sempat duduk Maliki dah bersuara. Haris dan Amat mula berpandangan sesame sendiri.

“Apa hal pulak kau ni?” Amat bertanya sebaik saja Maliki sudah selesa dengan duduknya.

“Aku dah kaji habis dah! Memang bulan Disember ni kiamat! Aku yakin!” Maliki mengeluarkan sekotak Dunhill dari poket belah kiri seluar jeansnya. Setelah diraba-raba poketnya yang lain, dia menunjukkan isyarat lighter kepada Haris. Haris Cuma menjeling ke arah meja mereka dan dengan pantas Maliki mengambil lighter yang sedikit tersorok dari pandangannya. “Mula-mula pun aku skeptik jugak tapi bila aku kaji betul-betul, semuanya connect kau tahu?”

Amat dan Haris masih diam. Mereka tak tahu nak cakap apa sebab mereka dah kenal sangat macam mana perangainya si Maliki ni. Jenis tak nak dengar cakap orang, jenis yang selalu rasa diri dia betul. Dan oleh kerana tak nak terlibat dalam perbualan itu, Haris segera menyalakan rokoknya. Amat jeling Haris dengan pandangan yang kalau dilisankan menjadi perkataan ‘celaka’.

“Macam mana tu? Setahu aku, nabi sendiri pun tak tahu bila nak kiamat.” Pertanyaan Amat yang akhirnya memecahkan kesunyian janggal itu cuma disambut dengan senyuman dari Maliki. Setelah habis dihembuskan asap rokoknya barulah Maliki mula menjawab. Dan masih lagi dengan senyumannya.

“Kau memang jenis tak membaca langsung ke apa? Kan dalam Quran ada cakap kiamat tu hari Jumaat.”

“ Tapi Hari Jumaat bukannya sikit. Setiap minggu ada. Kenapa kau kata Disember ni pulak?” Haris mula mencelah dengan gurauan yang sedikit sinis. Amat mula lega bila dah ada back up. Tak adalah rasa macam lone ranger sangat.

“Itulah aku kata tadi. Mula-mula pun aku skeptik jugak tapi bila aku kaji-kaji memang aku yakin kiamat hujung tahun ni.”

Haris menekan puntung rokoknya ke dalam ash tray lalu menolak ash tray mendekati Maliki. Memang perokok tegar sepertinya hisap rokok macam bullet train. Tak peliklah kalau setiap kali lepak mesti bawa dua kotak . “Dari tadi kau cakap kau kaji, tapi kau tak beritahu pun lagi apa benda. Cuba ceritakan sikit. Kitorang ni pun nak jugak tahu logik ke tak kau cakap ni.”

“Haah.. Kalau logik, bolehlah aku start insaf.”