Malam itu sunyi tanpa citarasa.
Malam yang hening tanpa sesiapa.
Malam biasa bising dengan jerit pekik si kaki mabuk yang, pastinya, mabuk.
Bangun pagi pergi kerja, ponteng sekejap bila bos tak ada, pulang bila cukup masa kalau makcik cleaner malas nak tolong punch card, tonton TV, lihat dvd, buka laman web lucah, 9gag sampai penat dan buang masa di facebook sahaja.
Begitu lazimnya, hampir 30 tahun lamanya.
Kiraan masa yang panjang.
Tak perlu dihitung dan dibilang.
Kalau nak bilang pun makin buang masa.
Jadi, biarkan saja.
Satu hari, dia bertanya "sampai bila?"
Masih dia kiam tanpa jawap.
Masih dia kiam tanpa jawap.
Tak ada siapa yang mahu menolong.
Mungkin kerana dinding biliknya masih belum belajar bercakap.
Tanya kipas siling pun sama tak bagi jawapan.
Hampa.
Ini bukan cerita cerekarama.
Apatah lagi filem di slot Mega Movie.
Kalau drama di TV pun hanya di rangkaian kerajaan saja yang layak.
Ending dan logik dramatik entah di mana letaknya.
Tapi takut juga dia jika ending tiba-tiba menjemput sekarang.
Mengapa hidupnya suram dan mono begini?
Dia mula berkomunikasi dengan TUHAN.
Dia minta segala macam.
Selama ini dia hanya diam, akur dan patuh.
Sendiri merasakan tidak layak untuk meminta-minta.
Dia manusia biasa.
Yang juga penuh dosa.
Entah bagaimana dia rasakan saat itu, TUHAN seperti mendengar.
Dia merasakan ada perubahan yang tidak dijangka.
Mesej di hanfonya tiba-tiba saja berbunyi "Alamak ada mesej pulak!" berkali-kali.
Jarang sekali dia akan dapat mesej dari orang lain, apatah lagi orang asing mahupun makhluk asing.
Dia lihat.
Ada no yang dia tidak tahu.
Dia buka dan membaca.
Dia akur kini.
"You have insufficient balance. Please reload your account. Thank you."
Patut laa semua kawan-kawan tak reply!!!


