Wednesday, December 7, 2011

ProPaR 3 - Benda Hijau

Hati resah gelisah, perjalanan terasa semakin berat.
Mungkin kerana berat badanku yang semakin bertambah.
Diet tak makan nasi tak berjaya nampaknya.

Hati membentak ingin segera sampai.


Perjalanan dengan kapcai memang menyeksakan, helmet tanpa pelindung bagaikan sial yang menjadi-jadi.

Angin lintang dari kereta yang memotong laju turut menyerpihkan sisa kecil habuk dan batu sebesar batu bata ke mata.
Mata merah membuatkan ku sesekali terasa macam Cyclops, kapten kumpulan X-Men.

Jika berkereta pasti perjalanan menjadi semakin lancar dan tidak terlalu menyeksakan diri.
Poket lain cerita.
Kesesakan lalu lintas pun tolak tepi dulu buat sementara.
Berkereta memang banyak kelebihannya, tolak yang dua tadi.

Hidung turut sebu menyedut asap asap hitam, kelabu, putih dan kadang-kadang asap merah.
Siapalah yang bangang sangat hisap shisha atas lori tu.


Kapcai?
Huh, seksa.
Angin lintang, yang biasanya dianggap hantu galah oleh orang kampung, dan angin dari lori-lori besar membuat kapcai terasa tersedut ke bawah lori bergerak laju.

Lebuhraya memang sangat merbahaya untuk sebuah kapcai buruk seperti ini.
Tapi rasanya kalau kapcai baru pun akan mengalami masalah yang sama juga.
Rasanyalah.
Aku masih belum pernah merasa kapcai baru.

Leka difikiran dengan perihal permasalahan itu dan ini...
Syuuuupppp...
Lori besar memotong, segera muka lidah depan beg coklat, warna, bukan makanan, ternganga dek hentaman kuat angin.
Sempat dilihat kertas kertas kecil menderu keluar ke lebuhraya...

Hah!
Terperasan, ada seakan-akan benda hijau turut keluar.
Sempat tangan kanan menekup ke paha.
Dapat!
Tapi kapcai tidak lagi stabil, seakan goyang dan mahu jatuh ke kanan lebuhraya, risau maut menanti segera tangan kanan mengendali kembali pemulas minyak.
Benda hijau terbang....
Terbang...

Ya!
Brek dipulas.
Diulang sekali lagi, dipulas berhenti setelah kira kira jarak 3 tiang elektrik dari benda hijau terbang.

Benar!
Kapcai ku telah diubah suai supaya breknya boleh dipulas, tidak perlu lagi dipijak atau ditarik.
Jika minyak dipulas pada bahagian kiri handle motosikal, maka brek dipulas pada bahagian kanannya.

Digilis kereta, terlihat dari jauh benda hijau yang terbang tadi...
Tapi entah kemana.
Berfikir...

Berfikir...
Lengang seketika lebuhraya, pusing segera kapcai, lalu tepi tepi usha usha kalau ternampak lagi di mana benda hijau itu...
Jauh...
Jauh...
Makin jauh...
Benda hijau itu telah tiada.
Tak apa...
Bukan rezeki...

Pusing teruskan perjalanan,, pulas minyak perlahan, masih berharap benda hijau itu terlihat...
Zap.....
Kereta menderu laju...
Nampak benda hijau terbang dan melayang ketepi sedikit...
Berhenti tepat disitu...
Bongkokkan badan sedikit dari atas motor capai benda hijau di sebelah kanan...

PONNNNNNNNNNNN!!!!!

Sebuah Toyota Biru blue blue sky tak sempat mengelak.
Kepala yang bersepai tercerai tempurungnya di merata-rata.
Lebuhraya...
Basah memerah disirami darah..
Di tangan yang berdarah...
Tergenggam erat benda hijau untuk meneruskan kelangsungan.

Benda hijau...
Aku rela mati untukmu...




p/s : Entri asal di sini...