Previouly on Edvencer-er, di sini..
Gempak!
Itu sahaja yang mampu Razali ucapkan di kala kesepian ini.
Sesungguhnya dunia siber memang gempak.
Sampai di hutan Amazon pun sudah ada penduduknya yang pandai mengupload video ke YouTube!
Memang gempak!
Sedikit demi sedikit Razali mulai sesat.
Sesat rohani dan jasmani.
Walaupun beliau masih belum perasan namun iblis yang sentiasa di sebelahnya sudah mula senyum lebar.
Secara jasmaninya Razali sedang sesat di dalam dunia siber.
Beliau tidak tahu ke mana arah tuju.
Nampak website Wikipedia saja mulalah beliau lari tak tentu arah.
Memang dasar orang muda yang tak sukakan ilmu pengetahuan.
Secara rohaniahnya pula, Razali sudah mula mahu mengaku bahawa internet adalah tuhan.
Gila ke apa?
Dah terang-terang internet tu manusia yang cipta.
Kalau manusia yang cipta tuhan, siapa pula yang cipta manusia?
Razali tidak pernah sekali pun terfikir soalan itu.
Teori-teori yang menyebabkan Razali kuat berkata internet itu adalah tuhan kerana ramai orang bertemu jodoh di internet sekarang.
Jadi baginya internet adalah Cupid di zaman moden ini.
Internet juga mempunyai hampir semua maklumat dan ilmu yang manusia perlukan.
'Hmm.. Kalau bukan tuhan pun, at least internet ni Cupid laa.' Angguk Razali sendirian tanda yakin dengan diri sendiri.
'Tapi dalam Islam ada ke Cupid?' Geleng Razali sendirian tanda tidak yakin pula dengan diri sendiri.
'Tak apa! Biar aku research lagi.' Kata Razali kepada cermin di hadapannya.
Next on Edvencer-er, di sini...
Searching for...
4 months ago


