Brader topi baru dan brader rambut afro berpandangan sesama sendiri.
Setelah agak pasti bahawa brader rambut panjang tadi masih siuman barulah mereka masing-masing cuba meneka.
'Err.. Awek Sejuta Impian?' Teka brader rambut afro.
'Salah!'
'Hmm.. Awek B2B Thailand?' Teka brader topi baru pula sambil tersengih-sengih.
'Gila salah!'
Setelah silent moment berlaku seketika, Arjuna datang ke tempat kejadian.
'Arjuna! Teka siapa gua jumpa tadi?!'
'Siapa?' Tanya Arjuna spontan dengan muka tak tahu apa-apa.
'Vi... Argh siallah Arjuna! Teka laa dulu.' Balas brader rambut panjang tak puas hati.
Arjuna berlalu sambil tersenyum sementara brader-brader lain dah dapat jawapan.
p/s : Siapa teka siapa?


