Di sebuah galaksi yang neo jauhnya, lahir sealien makhluk yang digelar Molo.
Molo lahir dalam keluarga yang sederhana dan penuh dengan budi bahasa.
Yang anehnya Molo ini adalah ia mempunyai kuasa ajaib.
Ia boleh mendengar isi hati alien lain.
Hampir sepuluh-Kidu (tahun dalam bahasa alien) Molo menderita kerana tidak dapat menahan dari mendengar isi hati alien lain, akhirnya ia berjaya mencari cara untuk memekakkan sayapnya (Molo mendengar menggunakan sayap).
Ia mendapat cara ini secara tidak sengaja apabila adiknya memberinya minum sirap.
Sirap di planet Molo adalah seperti dadah terlarang.
Ini adalah kerana sirap menyebabkan lidah Molo menjadi merah yang merupakan perbuatan yang boleh memesongkan akidah para alien.
Walaupun Molo sealien yang alim namun demi tidak menjadi gila Molo terpaksa meminum sirap.
Molo terpaksa meminum sirap setiap hari kerana segelas sirap hanya boleh menghilangkan deritanya selama sehari.
Dalam seminggu Molo menghabiskan lebih kurang 250 botol sirap (seminggu bersamaan 676 hari).
Lama-kelamaan, Molo semakin ketagih dengan sirap.
Nasib baik sirap murah walaupun terlarang.
Tak macam bumi.
Bila haram je mahal bila haram je mahal.
Di satu tempat yang lain, wujudnya sealien-jenis-lain yang bercita-cita untuk bercinta dengan menakluk-planet-Molo.
Makhluk yang dipanggil Jumta ini sealien-jenis-lain yang sangat hebat merancang strategi-strategi keji.
Ia dapat mengintai anak alien-dara mandi tanpa huli (kantoi) walau sekali pun.
Jumta sangat pandai merancang.
Cuma masalahnya ia tidak pandai menulis mahupun melukis apatah lagi menaip blog.
Ia juga susah untuk mempercayai alien atau alien-jenis-lain tidak kira kawan atau saudara mara.
Jadi, segala plan tentang strateginya hanya disimpan di dalam otak.
------------------------------------------------
Mesti anda semua ingat Molo akan gunakan kuasa ajaib dia untuk menewaskan Jumta kan?
Gua sendiri pun tak tahu sebenarnya sebab entri ini akan disambung oleh alien ini...
Searching for...
4 months ago


