Wednesday, January 18, 2012

Apokalips 1

“Confirm! Bulan Disember tahun ni kiamat!” Belum sempat duduk Maliki dah bersuara. Haris dan Amat mula berpandangan sesame sendiri.

“Apa hal pulak kau ni?” Amat bertanya sebaik saja Maliki sudah selesa dengan duduknya.

“Aku dah kaji habis dah! Memang bulan Disember ni kiamat! Aku yakin!” Maliki mengeluarkan sekotak Dunhill dari poket belah kiri seluar jeansnya. Setelah diraba-raba poketnya yang lain, dia menunjukkan isyarat lighter kepada Haris. Haris Cuma menjeling ke arah meja mereka dan dengan pantas Maliki mengambil lighter yang sedikit tersorok dari pandangannya. “Mula-mula pun aku skeptik jugak tapi bila aku kaji betul-betul, semuanya connect kau tahu?”

Amat dan Haris masih diam. Mereka tak tahu nak cakap apa sebab mereka dah kenal sangat macam mana perangainya si Maliki ni. Jenis tak nak dengar cakap orang, jenis yang selalu rasa diri dia betul. Dan oleh kerana tak nak terlibat dalam perbualan itu, Haris segera menyalakan rokoknya. Amat jeling Haris dengan pandangan yang kalau dilisankan menjadi perkataan ‘celaka’.

“Macam mana tu? Setahu aku, nabi sendiri pun tak tahu bila nak kiamat.” Pertanyaan Amat yang akhirnya memecahkan kesunyian janggal itu cuma disambut dengan senyuman dari Maliki. Setelah habis dihembuskan asap rokoknya barulah Maliki mula menjawab. Dan masih lagi dengan senyumannya.

“Kau memang jenis tak membaca langsung ke apa? Kan dalam Quran ada cakap kiamat tu hari Jumaat.”

“ Tapi Hari Jumaat bukannya sikit. Setiap minggu ada. Kenapa kau kata Disember ni pulak?” Haris mula mencelah dengan gurauan yang sedikit sinis. Amat mula lega bila dah ada back up. Tak adalah rasa macam lone ranger sangat.

“Itulah aku kata tadi. Mula-mula pun aku skeptik jugak tapi bila aku kaji-kaji memang aku yakin kiamat hujung tahun ni.”

Haris menekan puntung rokoknya ke dalam ash tray lalu menolak ash tray mendekati Maliki. Memang perokok tegar sepertinya hisap rokok macam bullet train. Tak peliklah kalau setiap kali lepak mesti bawa dua kotak . “Dari tadi kau cakap kau kaji, tapi kau tak beritahu pun lagi apa benda. Cuba ceritakan sikit. Kitorang ni pun nak jugak tahu logik ke tak kau cakap ni.”

“Haah.. Kalau logik, bolehlah aku start insaf.”

Thursday, December 8, 2011

ProPaR 4 - Certot : Komunikasi

Malam itu tidak sama seperti malam lainnya.
Malam itu sunyi tanpa citarasa.
Malam yang hening tanpa sesiapa.
Malam biasa bising dengan jerit pekik si kaki mabuk yang, pastinya, mabuk.

Bangun pagi pergi kerja, ponteng sekejap bila bos tak ada, pulang bila cukup masa kalau makcik cleaner malas nak tolong punch card, tonton TV, lihat dvd, buka laman web lucah, 9gag sampai penat dan buang masa di facebook sahaja.
Begitu lazimnya, hampir 30 tahun lamanya.

Kiraan masa yang panjang.
Tak perlu dihitung dan dibilang.
Kalau nak bilang pun makin buang masa.
Jadi, biarkan saja.

Satu hari, dia bertanya "sampai bila?"
Masih dia kiam tanpa jawap.
Tak ada siapa yang mahu menolong.
Mungkin kerana dinding biliknya masih belum belajar bercakap.
Tanya kipas siling pun sama tak bagi jawapan.
Hampa.

Ini bukan cerita cerekarama.
Apatah lagi filem di slot Mega Movie.
Kalau drama di TV pun hanya di rangkaian kerajaan saja yang layak.
Ending dan logik dramatik entah di mana letaknya.
Tapi takut juga dia jika ending tiba-tiba menjemput sekarang.

Mengapa hidupnya suram dan mono begini?
Dia mula berkomunikasi dengan TUHAN.
Dia minta segala macam.
Selama ini dia hanya diam, akur dan patuh.
Sendiri merasakan tidak layak untuk meminta-minta.

Dia manusia biasa.
Yang juga penuh dosa.
Entah bagaimana dia rasakan saat itu, TUHAN seperti mendengar.

Dia merasakan ada perubahan yang tidak dijangka.
Mesej di hanfonya tiba-tiba saja berbunyi "Alamak ada mesej pulak!" berkali-kali.
Jarang sekali dia akan dapat mesej dari orang lain, apatah lagi orang asing mahupun makhluk asing.

Dia lihat.
Ada no yang dia tidak tahu.
Dia buka dan membaca.
Dia akur kini.

"You have insufficient balance. Please reload your account. Thank you."

Patut laa semua kawan-kawan tak reply!!!
Kurang ajar punya kredit!!!

p/s : Entri asal di sini...

Wednesday, December 7, 2011

ProPaR 3 - Benda Hijau

Hati resah gelisah, perjalanan terasa semakin berat.
Mungkin kerana berat badanku yang semakin bertambah.
Diet tak makan nasi tak berjaya nampaknya.

Hati membentak ingin segera sampai.


Perjalanan dengan kapcai memang menyeksakan, helmet tanpa pelindung bagaikan sial yang menjadi-jadi.

Angin lintang dari kereta yang memotong laju turut menyerpihkan sisa kecil habuk dan batu sebesar batu bata ke mata.
Mata merah membuatkan ku sesekali terasa macam Cyclops, kapten kumpulan X-Men.

Jika berkereta pasti perjalanan menjadi semakin lancar dan tidak terlalu menyeksakan diri.
Poket lain cerita.
Kesesakan lalu lintas pun tolak tepi dulu buat sementara.
Berkereta memang banyak kelebihannya, tolak yang dua tadi.

Hidung turut sebu menyedut asap asap hitam, kelabu, putih dan kadang-kadang asap merah.
Siapalah yang bangang sangat hisap shisha atas lori tu.


Kapcai?
Huh, seksa.
Angin lintang, yang biasanya dianggap hantu galah oleh orang kampung, dan angin dari lori-lori besar membuat kapcai terasa tersedut ke bawah lori bergerak laju.

Lebuhraya memang sangat merbahaya untuk sebuah kapcai buruk seperti ini.
Tapi rasanya kalau kapcai baru pun akan mengalami masalah yang sama juga.
Rasanyalah.
Aku masih belum pernah merasa kapcai baru.

Leka difikiran dengan perihal permasalahan itu dan ini...
Syuuuupppp...
Lori besar memotong, segera muka lidah depan beg coklat, warna, bukan makanan, ternganga dek hentaman kuat angin.
Sempat dilihat kertas kertas kecil menderu keluar ke lebuhraya...

Hah!
Terperasan, ada seakan-akan benda hijau turut keluar.
Sempat tangan kanan menekup ke paha.
Dapat!
Tapi kapcai tidak lagi stabil, seakan goyang dan mahu jatuh ke kanan lebuhraya, risau maut menanti segera tangan kanan mengendali kembali pemulas minyak.
Benda hijau terbang....
Terbang...

Ya!
Brek dipulas.
Diulang sekali lagi, dipulas berhenti setelah kira kira jarak 3 tiang elektrik dari benda hijau terbang.

Benar!
Kapcai ku telah diubah suai supaya breknya boleh dipulas, tidak perlu lagi dipijak atau ditarik.
Jika minyak dipulas pada bahagian kiri handle motosikal, maka brek dipulas pada bahagian kanannya.

Digilis kereta, terlihat dari jauh benda hijau yang terbang tadi...
Tapi entah kemana.
Berfikir...

Berfikir...
Lengang seketika lebuhraya, pusing segera kapcai, lalu tepi tepi usha usha kalau ternampak lagi di mana benda hijau itu...
Jauh...
Jauh...
Makin jauh...
Benda hijau itu telah tiada.
Tak apa...
Bukan rezeki...

Pusing teruskan perjalanan,, pulas minyak perlahan, masih berharap benda hijau itu terlihat...
Zap.....
Kereta menderu laju...
Nampak benda hijau terbang dan melayang ketepi sedikit...
Berhenti tepat disitu...
Bongkokkan badan sedikit dari atas motor capai benda hijau di sebelah kanan...

PONNNNNNNNNNNN!!!!!

Sebuah Toyota Biru blue blue sky tak sempat mengelak.
Kepala yang bersepai tercerai tempurungnya di merata-rata.
Lebuhraya...
Basah memerah disirami darah..
Di tangan yang berdarah...
Tergenggam erat benda hijau untuk meneruskan kelangsungan.

Benda hijau...
Aku rela mati untukmu...




p/s : Entri asal di sini...

Tuesday, December 6, 2011

ProPaR 2 - Panda Cinta : Revisit

Sudah lama saya tidak ke atas pokok kacang gergasi.
Tadi saya menjenguk Pandai Matematik dan Arnab Si Peniup Lilin.
Saya tanyakan khabar pada mereka dan menceritakan khabar saya.

Pandai Matematik tahu kenapa saya datang ke atas awan.
Saya angguk.
Haishhhh...

Kami sama-sama duduk diam, memerhati jalan dunia yang tidak pernah dapat diduga, samada dengan menggunakan pembaris mahupun kalkulus tahap universiti.

"Itulah hidup..." kata Pandai Matematik kemudian. "Untuk menyelesaikan satu masalah kira-kira, kadang-kala ada satu jiwa yang akan hiba..."

Kadang-kadang memang klise pertanyaan saya, kenapa mesti jadi begini.

Saya angguk. Dan saya cuma mendoakan yang baik-baik sahaja untuk semua pelajar yang pernah bertemu saya di mana-mana peperiksaan, baik yang ada jawapan mahupun yang undefined.

Dan saya, ɳ³+ϰ, doakan hati yang gembira untuk jiwa-jiwa itu.

p/s : Entri asal di sini..

Monday, December 5, 2011

ProPaR 1 - Balik tak balik-balik

"Pyan! Pyan! Depan dah kemas? Pukul berapa dah ni? Kejap lagi abah kau balik!" Terdengar satu suara memekik dari dapur.

Banyak betul masakan hari ni.
Tomyam, kailan goreng, ikan keli masak lemak cili api campur rebung, sup sayur, ayam goreng, daging masak merah, gulai ketam, sotong panggang, double crust pizza, pasta ala creme, marshmallow, coleslaw, coca-cola sejuk, aiskrim pop, gula-gula durian, mee hailam, sate rusa, air oren, telur dadar separuh masak dan juga keropok lekor.

Semuanya makanan kegemaran mereka sekeluarga.

Sufian masih duduk diruang tamu meneman Julia, seorang teman rapat yang dah dua tiga kali terlanjur bersama. "Dah mak!" Sufian membalas walaupun pada hakikatnya dia cuma menipu.

"Lia, Lia duduk dulu sembang dengan Pyan ya? Makcik nak mandi siap. Pakcik kau bila-bila jek balik nanti." kelam kabut dia naik ke atas mandi dan bersiap.

Wajah tuanya di tempek sekilo bedak sejuk cap nyonya, celak mekah yang diorder waktu Ustaz Aziz naik haji dulu sebab dia sendiri tak mampu, ditonyohnya ke bawah alis. Biar nampak memancar sedikit mata tu bila memandang suaminya. Baju kurung hijau dikenakan. Rambutnya yang panjang berwarna blonde disanggulkan ke atas, air wangi disemburkan hampir setengah botol dikiri-kanan-depan-belakang bahu. Biar wangi. Biar suaminya gembira. Dan pening.

Sedikit gincu yang ada glitter-glitter tu dipalitkan ke bibir.
Dia senyum sendiri.
Macam muka pelacur tua.Serius!

Pantas dia menghayunkan kaki tua itu ke serambi rumah.
Duduk di situ.
Menunggu suaminya.

Sufian dan Julia mengerling sahaja gelagatnya.
Nak kutuk kang orang kata derhaka pula ye tak?
Sufian tak nak masuk neraka.
Masuk kelab malam, rumah pelacuran Sufian okay lagi, tapi masuk neraka?
Huiii...
Minta dijauhkan laa katanya.

Bahu Julia Sufian cubit untuk mengganggu lamunan julia dari merenung mak munah tapi tak berhasil.
Sufian cubit lagi sekali.
Masih tiada apa-apa.
Akhirnya Sufian mengambil keputusan untuk menumbuk Julia pada bahunya.

"Apa ni? Sakit laa.. Cubit je dah laa tak payah laa nak tumbuk-tumbuk.." Sufian ter'poker face'.

"Lia... Hari-hari ayah saya memang macam ni sejak arwah mak kemalangan waktu nak pulang dari kerja 2 tahun lalu. Dia berhenti kerja lepas tu dia duduk rumah je. Makin lama makin teruk. Dia mula pakai baju perempuan lepas tu bila saya panggil dia ayah dia marah. Dia suruh saya panggil dia mak. Mungkin sebab dia terlalu rindukan mak sampai terkena badi mak. Mungkin laa. Saya pun tak berapa tahu juga sebenarnya." Cerita Sufian panjang lebar.

"Jadi? Awak betul ke nak kahwin dengan ayah ni?" sambung Sufian.

Julia diam.

p/s : Entri asal di sini...

Wednesday, November 2, 2011

Edvencer--er 7

Sebelumnya, di sini...

'Oh! Meriah juga sambutan Halloween dalam dunia cyber ni rupanya.' Kata Razali.

Lama Razali singgah di situ.
Kalau kat Malaysia ni biasanya semua orang takut hantu.
Tapi ini semua nak jadi hantu.
Dunia ni memang luas rupanya, fikir Razali.

Dan sempena Halloween ni, Razali menghadiahkan ini kepada semua.
Terima kasih.

Razali meneruskan perjalanan.
Perjalanannya MUNGKIN, diulangi, MUNGKIN bersambung di sini...

Tuesday, October 25, 2011

Senyuman kesempurnaan

Gua lapar.
Gua singgah kat sebuah restoran makanan segera yang tidak boleh disebut di sini.
McD namanya.

Arghh siallah!!

Maaf gua terlepas taip.
Orang kata terlajak perahu boleh diundur.
Terlajak taip tak apa biarkan saja.

Anyway, gua masuk dalam restoran tadi dengan segera, kena dengan jenis makanan yang dijualnya.
Depan gua ada mak cik sorang.
Gua nak je sebenarnya sebut nama dia tapi disebabkan gua tak tahu, jadi kali ni gua biar dia lepas.

Dia sampai je depan kaunter terus dia tanya sesuatu yang langsung gua tak pernah terfikir.

'Err dik.. Akak nampak ada sticker kat luar tadi. Mana nak ambil Wi-Fi percuma tu?'

Gua tersenyum melihat awek jaga kaunter tu tersenyum.
Manis senyumannya.
Dan hari gua sempurna.